Saturday, October 19, 2013

CERITERA BONDA CRACKERZ


Assalamualaikum semua :)

Popia Nestum keluaran Bonda Crackerz adalah rahsia resepi tradisional Bonda yang telah dipendam sejak tujuh keturunan lamanya.. Hehe tujuh keturunan lah sangat! Pada awalnya Popia Nestum hanya dibuat untuk suka-suka ikot selera tekak sendiri. Sampai la satu masa datang seorang wanita muda untuk mencuba Popia Nestum kami. Beliau sungguh khusyuk mengunyah sampai licin sebalang. Kalau boleh balang pun nak dijilat! Sedap sangat agaknya.. Kemudiannya beliau bercadang untuk membeli tapi kami tak nak jual! Hah? Tak nak jual?? Kenapa taknak jual pulak? Sebabnya kami nak bagi percuma. Seronok sangat la tu dapat percuma.. Tok guru berpesan "the more you give,the more you get" kita akan rasa seronok kalau buat orang seronok. Betul betul? 

Keesokan harinya wanita muda itu bawak Popia Nestum kami ke pejabatnya untuk mengunyah. Kawan sebelah tanya kau makan apa? Nak sikit.. Bila dah makan sikit terpaksa la order sebalang. Kesian kawan dia tu dah terkena jerat..hehe. Mulai saat itu penyakit ketagihan Popia Nestum kami sudah merebak. Semakin hari semakin ramai terkena jangkitan penyakit ketagihan itu. Ramai orang mula buat tempahan. Rasa berdosa kalau kami tolak tempahan. Akhirnya wujud lah perniagaan secara kecil-kecilan.. Bila tiba musim Raya berkembang jadi besar yang tak berapa besar. Sebabnya tak ada ilmu berniaga. Bila dah berguru baru la nampak jalan untuk berniaga. Dan paling penting niat berniaga untuk apa? Bila ilmu dah di amalkan, Alhamdulillah hasilnya menakjubkan. Terima kasih tok guru!

Setelah lama bertapa dalam gua untuk mewujudkan BRANDING akhirnya wujudlah BONDA CRACKERZ sebagai branding kami. Alhamdulillah hari ini semakin ramai yang mengenali BONDA CRACKERZ dan ramai yang menerima produk kami dengan baik. 

Sebagai nak menutup cerita panjang lebar ini, anda nak tahu apa jadi pada wanita muda tersebut? Beliau sekarang sudah menjadi menantu Bonda dan membuka syarikat 'Bonda Industrial Food' yang menguruskan segala urusan Bonda Crackerz dan di 'monitor' oleh anak lelaki Bonda. InsyaAllah syarikat ini akan mengeluarkan beberapa lagi produk yang berkonsepkan halal lagi suci. Sama sama kita doakan..

Oh ye, bagi mereka yang nak rasa betapa POWER nya popia nestum kami, jom. LIKE fan page kami dulu lepas tu tunggu update dari kami, ok? Terima kasih!

Salam sayang,
SAS (Sharul Afendi Shamsudin)